Jana Pendapatan Di Internet Bukan Dongengan

Dalam mendapatkan pendapatan pertama di internet, benda ini adalah satu tembok yang paling sukar.

Kali pertama saya jana pendapatan di internet adalah melalui iklan iklan yang saya letakkan di blog saya sendiri. Ketika itu, satu klik iklan dari pelawat, saya dapat RM0.50.

Ketika itu perasaannya memang tak boleh nak digambarkan. Saya pasti para pembaca  sekalian pernah rasa perkara seperti ini dan mungkin juga akan merasainya tidak  lama lagi (saya doakan ya, Amin 🙂 )

Baiklah secara ringkas, saya akan cuba bantu anda jana pendapatan pertama di internet dengan cara yang ringkas dan senang difahami.

Perlu letak di minda anda, buat duit di internet tidak semudah letak link iklan anda dan “boom” anda dapat jualan.  Ianya lebih daripada itu.

Anda perlu konsisten dan buat sampai jadi. Anda akan jadi seperti saya sekiranya selalu lompat-lompat jenis perniagaan.

Ya, jualan memang ada tapi sementara je. Saya tak mahu anda jadi seperti itu. Oleh  itu, saya akan terangkan contoh-contoh perkara yang anda boleh buat duit dan yang pernah saya buat suatu ketika dahulu.

Di sini akan berikan contoh-contoh perniagaan internet yang anda boleh buat
bermula hari ini. Boleh pilih salah satu dan fokus kepadanya sehingga berjaya.

1) Iklan Nuffnang.
2) Fiverr.
3) Affiliate.
4) Berniaga di Shopee.
5) Clickbank.
6) Servis
7) Microworkers
8) Dan lain lain lagi.

Saya akan terangkan satu persatu di blog ini. Saya akan ajar cara mendaftar dan mulakan langkah pertama anda bina pendapatan pertama di internet.

Selamat Maju Jaya!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *