Kisah Kerana Cintanya kepada Coklat (3 Gambar)

Choc Star merupakan milik Petra Barran, orang yang sangat luar biasa dengan minatnya. Beliau mempunyai sebuah choc-mobile (kenderaan menjual coklat bergerak) yang hanya satu-satunya beroperasi di Britain.

Kenderaan beliau asalnya sebuah van aiskrim yang kemudiannya beliau ubah menjadi sebuah penyedia coklat. Choc Star mengembara dari pasar ke festival, juga ke parti-parti bagi memenuhi undangan pelanggan-pelanggannya.

Bagaimana Petra mendapat idea ini? Mari baca bersama-sama :

 

“Tiga perkara utama dalam hidup saya adalah mengembara, menemui individu baru, dan makanan. Saya mencari-cari seumur hidup saya, satu kaedah supaya saya mampu bangun setiap hari dan menyara hidup dengan memenuhi ketiga-tiga kecintaan saya ini.

Bukan sahaja menyara hidup, bahkan benar-benar hidup kerana dapat bersama tiga perkara yang saya cukup suka ini.

Saya sudah mencuba begitu banyak benda, sewaktu saya tamat universiti, saya terfikir mahu menjadi casting director. Jadi, saya bekerja dengan beberapa orang casting director di London. Saya mencari pelakon yang sesuai untuk iklan TV mahupun video lagu.

Saya sukakan kerja itu, tetapi saya masih ada rasa kurang senang. Apa yang saya mahu adalah keluar mengembara melihat alam. Maka apa yang saya buat seterusnya adalah bekerja di laut.

Saya bekerja di atas kapal-kapal layar yang luar biasa mewah di sleuruh dunia. Saya melayan orang-orang super kaya. Semuanya memang menarik, tetapi kehidupan di atas kapal agak terkongkong.

Sewaktu saya berada di mana-mana tempat ini, satu perkara yang saya sedar adalah saya ini memang suka ke kedai coklat. Sama ada sewaktu di Amerika, Sepanyol, mahupun Perancis, saya akan berada di kedai coklat.

Akhirnya saya membuat keputusan. Cukuplah. Saya akan berhenti kerja di bot. Saya membuat keputusan bagi pulang ke London. Apa yang ada di dalam kepala adalah saya akan bekerja dengan sesuatu yang ada kaitan dengan coklat, berjalan-jalan, serta menemui orang baru.

Jadinya saya mulakan bisnes coklat. Saya membuat keputusan bagi membeli van dan menukarkan van itu menjadi choc-mobile. Melalui choc-mobile itu, saya akan mengembara ke seluruh dunia.”

Anda jangan terkejut jika saya beritahu Petra Barran ini adalah seorang wanita! Berani mengambil keputusan untuk mencapai sesuatu impian. Tidak ramai yang mampu buat  perkara yang dilakukan oleh beliau.

Jadi bagi anda sekiranya anda benar-benar minat dengan perniagaan tidak kira online atau offline, buatlah dengan bersungguh-sungguh seperti kata-kata sahabat saya ini,

Tuan Haniff Sofian :

“Jangan anggap perniagaan yang anda buat sebagai “perniagaan sampingan” kerana hasilnya juga akan bersifat “sampingan”.

Semoga bermanfaat!

Ps: Anda boleh baca pengembaraan beliau di blog ini. http://chocstarblog.blogspot.my/

Kisah ini saya petik dari buku “Screw Work Let’s Play” karya John Williams.